Isnin, April 04, 2011

He Who Fears The Wolf Should Not Go Into The Woods

sangat-sangat panas di sini.berpeluh........sampai rasa macam nak pergi mandi dan,hmm..gua rasa memang betul-betul nak pergi mandi,sekarang........
 
....
40 minit,mandi di tengah-tengah malam.segar dan selesa,malah sangat segar dan selesa yang buat gua berperasaan seperti sangat comel.bukan gua yang comel,tapi perasaan tu comel.seperti berbaring di atas awan kapas putih yang suci sambil melentokkan kepala dengan manja memeluk sesuatu yang gebu dan amat selesa.tubuh rebah bebas dengan diselimuti sesuatu yang menyejukkan tapi turut memberi kehangatan yang nyaman pada jiwa dalam masa yang sama.sambil angin bertiup lembut dengan penuh nyaman seolah membelai dan mencium pipi dengan sangat halus dan manis.rambut menari-nari bersama jatuh mengurai ke pipi dengan hujungnya yang hampir menyentuh ke pangkal peha..dan bibir tersenyum,sambil mata terpejam damai..rasa yang sangat comel.
 
heh..macam menakjubkan betapa satu mandian boleh merubah terus keseluruhan mood.sekarang gua hanya terapung di awan kapas putih gua yang suci dengan rasa yang sangat comel jadi gua tak mampu  nak menulis tentang perkara yang berjiwa lain macam tajuk entri yang gua letak di sini sebelum gua pergi mandi.dan oh,sekarang awal bulan.it makes sense.awal bulan adalah kitaran selesa dan nyaman gua.kitaran comel.setiap awal bulan gua akan berada dalam angin yang baik dan ceria..like a child.seolah-olah gua boleh berlari riang di tengah padang dengan baju putih bersih sambil depakan tangan menyentuh bunga-bunga indah yang mekar di sepanjang laluan.kemudian apabila waktu semakin menuju ke pertengahan dan mencecah hujung bulan,baju gua akan mula berubah warna menjadi hitam.waktu tu padang hijau cantik juga akan berubah menjadi tandus tinggal tanah penuh rekah dan bunga-bunga turut layu sampai akhirnya ia menjadi dataran kosong terbiar yang telah ditinggalkan oleh segala kehidupan,berpayungkan langit hitam gelap dan semuanya menjadi kegelapan.kitaran yang biasa.
 
sambil memeluk sesuatu yang gebu dan amat selesa dengan diselimuti sesuatu yang menyejukkan tapi turut memberi kehangatan yang nyaman pada jiwa dalam waktu yang sama,gua turut terfikirkan dia.dah tidur ke sekarang?mungkin..dengan senyuman,bisikkan selamat malam melalui hati dan semoga dengan apa cara dapat sampai ke jiwa dia..
mahu beradu..mata layu..

Tiada ulasan: