Isnin, April 04, 2011

Abstrak

ada apa dengan nombor sebelas pagi ni?setiap kali gua klik sesuatu yang berkait dengan angka sebelas,ia hang.is there something wrong?tapi fikir-fikir balik,mungkin memang talian internet di sini yang bermasalah.ditambah dengan laptop buruk yang maha lembap seolah-olah satu ujian yang diturunkan Dia untuk menguji kesabaran hambaNya.

hmm..tersekat lagi.rasanya gua memang bukan jenis penulis yang dapat menulis dengan lancar bila gua berfikir.satu benda tentang berfikir ni,bila makin difikir,makin terasa tak ada apa yang begitu penting untuk dipercakapkan.minda dan akal adalah penapis yang menapis idea mentah daripada otak.it's a good thing.tapi terlalu menapis juga membuat kita menjadi terlalu berhati-hati dan menariknya hidup ini,terlalu berhati-hati juga kerap menjadi punca kemalangan.bila kita menyekat diri daripada menjadi benar-benar terbuka,waktu tulah kita akan mula memakai topeng dan menjadi 'siapa yang mereka mahu lihat' lebih daripada menjadi 'siapa yang kita mahu jadi'.ia mencuri keaslian dan menyekat kreativiti,menjadikan suatu karya lebih bersifat 'mekanikal dan teknikal' daripada 'berseni dan berjiwa'.menjadi hipokrit secara kemalangan.but then again,siapa yang tak pernah menjadi hipokrit dalam hidup mereka?apa boleh buat,kan?kita terikat untuk menjaga sensitiviti orang lain dan mahu tak mahu demi memuaskan hati banyak pihak,kita terpaksa mengorbankan sedikit kepuasan peribadi sendiri..heh..dan ini apa yang gua tulis dengan tanpa berfikir panjang.lakukan segalanya secara spontan dan rawak,and it suits me better.

gua seorang yang spontan sejak gua mula ada ingatan tentang diri sendiri.bertindak sebelum berfikir.impulsive.sifat semulajadi yang terpaksa gua akui banyak menjerumuskan gua ke dalam situasi yang buruk selama ini.tapi gua tak ada masalah tentang itu.gua lihat dunia dan hidup dalam pandangan gua sendiri yang mana ia memungkinkan untuk sesuatu yang buruk menjadi baik dalam tafsiran gua.minda kita,siapa yang boleh sekat?katakan kalau gua mahu anggap warna hitam itu adalah warna putih dalam minda gua,dan gua mahu fikir seminggu terdiri daripada lapan hari dengan menambah satu hari baru selepas ahad,siapa yang boleh halang gua?siapa yang boleh cakap gua salah dan mereka betul?minda itu sangat berkuasa.kita boleh ubah hakikat hanya dengan rasa percaya.katakan semua orang percaya seminggu ada lapan hari,dengan sendirinya seminggu akan menjadi lapan hari.semuanya sistem yang dibentuk oleh kita sendiri.jadi,dalam minda gua,gua menghadam keburukan itu sebagai satu kebaikan.

hidup seperti bayi.bukan being a cry baby,silly.hidup tanpa dikekang kebimbangan dan ketakutan yang bermacam-macam,bernafas dengan jiwa dan minda yang terbuka untuk segala pembaharuan dan kemungkinan,berani,bersedia,penuh dengan tenaga dan keterujaan.ya,gua ada bahagian gelap gua,bahagian melankoli dan 'mati',tapi jiwa gua luas,cukup untuk memuatkan segala bahagian tanpa salah-satu mengganggu salah-satu yang lain.walaupun di bahagian yang gelap sejujurnya gua hanya nampak segala-galanya kosong,tapi sebagai individu yang hidup di dunia nyata,gua melihat kehidupan sebagai satu siri pengembaraan yang sangat menarik dan mengujakan,sehingga sepahit-pahit pengalaman yang gua telan masih mampu memberikan gua sesuatu yang bermakna.

mungkin soal sikap dan mentaliti.gua lupa bila tapi masih ingat di satu ketika gua putuskan untuk mencerna apa saja yang datang sebagai satu pelajaran hidup yang setiap satunya akan menambah kematangan dan kebijaksanaan gua.gua menolak untuk dimanipulasi pengalaman hidup yang macam sampah sebaliknya gua yang akan memanipulasi pengalaman hidup dengan mengitar semula sampah yang diberi menjadi sesuatu yang berguna untuk diri gua.bagi gua luka,gua akan jadi lebih kuat.bagi gua cabaran,gua akan jadi lebih bijak.bagi gua sakit,gua akan jadi lebih kental.bagi gua kesulitan,gua akan jadi lebih matang.apa-apa saja,dipersilakan.gua berdiri tegak di tengah bumi dengan tangan terbuka dan kepala yang mendongak bersedia menerima apa saja yang mahu dilontar kepada gua.seperti kata mereka,berani mati tak mati,berani hilang tak hilang,dan gua anggap diri gua sebagai seorang pahlawan yang gagah berani.dari sudut itu,i see myself as a proud man.i'll be anything but a coward.

dalam dunia minda gua,gua lihat diri gua sebagai seorang lelaki.heh.mungkin seperti watak dalam komik-komik kungfu.seorang pahlawan yang mengembara sendiri meneroka dunia dan malah,gua rasa seperti gua memang sepatutnya berada di era itu.dengan berpakaian serba hitam membawa aura dingin mengiringi jejak langkah,tidak dikenali,tidak disedari,dan kehadirannya hanya dapat dirasai oleh mereka yang mampu mengesan kewujudan aura tersembunyi.membayangkan melangkah ke dalam kedai makan,duduk di satu sudut paling hujung sendirian dengan manusia yang ramai yang langsung tidak menghiraukan.sekadar diam menikmati minuman di tangan sambil mata tajam mengamati persekitaran.gua yang tidak dikenali,tidak disedari,duduk membatu dalam keramaian,dan kemudian menangkap kewujudan sepasang mata lain dari meja di sudut hujung sana,dan pandangan kami terikat,cahaya yang bertembung membelah keriuhan dan melenyapkan segala bunyi lain,menjadikan yang tinggal hanyalah kami berdua di dalam satu gelombang yang mesra.dan itulah bagaimana ia berlaku.gua mengenali dia yang mengenali gua kerana bila kami bertemu,kami akan mengenali sesama sendiri.tiada sebab,tiada alasan,tiada penjelasan,ia hanya berlaku sendiri bila ia berlaku.selepas itu gua bangkit,keluar dari keramaian untuk melangkah sendiri dan di belakang gua dia akan turut bangkit memutuskan untuk menghampiri.dia yang merasai kehadiran gua itu.dalam seribu,dia menjadi satu.kerana gua hanya seorang yang tidak dikenali dan tidak disedari.

cukup berfantasi.tapi hakikatnya,realiti itu selalu tersirat di dalam garapan fantasi.mereka yang kuat bermimpi selalunya berkemampuan melihat kenyataan secara lebih nyata daripada mereka yang menganggap diri sebagai seorang yang realistik.fikiran dalam bentuk visual yang mana boleh menjelmakan apa-apa saja menjadi wajah sehingga kepada sesuatu yang sehalus zarah.fantasi atau imaginasi adalah medium untuk membongkar realiti yang tak terjangkau dengan batas zahir.hmm..macam mana nak lebih memelayukan ayat itu?khayalan atau daya bayangan adalah saluran untuk membongkar hakikat yang tak terjangkau dengan batas zahir.baik,itu bunyi lebih asli dan menarik.

dah..gua dah 'kenyang' untuk penulisan ini,atau secara lebih terusnya gua dah malas nak sambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan