Khamis, Mac 31, 2011

Percayakan

gua duduk diam-diam,di satu sudut.tak menghampiri,tak menjauhi.hanya diam dan  bisu.mencari pengertian,mencari keikhlasan.walaupun hakikatnya mahu mewujudkan rasa yakin dan percaya di dalam diri bukan sesuatu yang mudah,tapi hanya itu satu-satunya cara.tak mampu meneka masa depan.tak mampu menyerkap ketentuan.tak mampu memastikan madu atau racun yang akan diberi sebagai santapan.jadi,sekadar berserah.menyerah percaya setulusnya,dan nilaikanlah dengan seluhurnya.mahu menghargai,atau mahu menghancurkan.ia bukan lagi dalam tangan gua.

milik kita adalah milik kita.janji takdir.jangan dipandang rendah.gua bertaruh pada takdir dan nanti lihat sendirilah apa kesudahannya.tapi,untuk kata kesudahan pada sebuah hidup,macam mana?kesudahan pada hidup hanyalah mati.gua lepas tangan sekali ini.gua cuba.pelajaran menjadi manusia sebenar-benar manusia untuk tidak cuba campur-tangan di dalam tugas qadak dan qadar.bukan mudah.untuk seorang yang sentiasa mahu mengawal segala-galanya macam gua.mungkin sekadar cukup,mengetahui batas dan had,sejauh mana perjalanan hidup ini boleh berada di dalam tangan kita sendiri.mahu lepas,atau mahu genggam.apa perlu?tunggu dan lihat.kalau ia tertulis,ia pasti berlaku.

Tiada ulasan: