Jumaat, Julai 25, 2008

Erti Dierti, Salah Erti

tak dimengerti atau disalah erti bukan benda yang baru dalam hidup gua..memang dari dulu pon gua selalu tak dimengerti atau disalah erti.gua melukis dari kecik tapi cikgu lukisan gua sendiri sampai habis sekolah tak pernah tahu gua boleh melukis..tapi takpe,biarkan je bila dipandang kurang dari yang sebenar.kadang-kadang seronok jugak tengok orang bercerita itu-ini tentang sesuatu tanpa sedar kita tahu lebih banyak dari diorang.layankan aje..gua cuma senyum..senyum sendiri..

kadang-kadang gua rimas bila orang sedar kewujudan gua tapi kadang-kadang gua tak kisah..gua duduk di belakang awan,menyorok..memang macam tuh dari dulu.bukan tak yakin pada diri,tapi gua suka menjadi invisible..gua tonjolkan diri bila gua nak orang nampak gua..tapi gua selalu akan rasa diri gua dah teroever sxpose lepas tuh..rasa bodoh dan poyo..is it true semua orang gilakan perhatian?mungkin patut difikirkan dan dirombak semula..semua orang gilakan perhatian daripada orang-orang tertentu..itu lebih tepat rasanya..tapi kadang-kadang gua rasa nak pergi ke bulan..pergi ke tempat yang jauh yang takde sape boleh nampak dan cari gua..cukup gua jadi pemerhati,duduk diam melihat apa yang berlaku di bumi.hanya gua dan diri gua bersama tafsiran..

kadang-kadang gua jadi bodoh..cuma orang biasa yang tak faham perkara-perkara rumit dan mendalam.tak faham bahasa seni dan kata-kata yang ada maksud tersirat.kadang-kadang gua cuma perempuan bebal,yang terpesona dengan puji-pujian dan akan meleleh air liur mengidam kehebatan lelaki..macam gua terdesak perlukan sangat lelaki untuk berpaut dan isi jiwa gua.oh,malangnya nasib ini tanpa dirimu memapah langkahku.gua ketawa sendiri.ketawa terbahak-bahak..takpe..layan la illusi lu orang..heh..

diam itu lebih menarik,kan?gua adalah gua..ini adalah gua..diorang nampak atau tak nampak,kenal atau tak kenal,gua tetap adalah diri gua..

tapi,bukan ke lebih baik,kalau kita tengok dulu betol-betol langit tuh tinggi atau rendah sebelom redah?takpe..senyum je la..

Tiada ulasan: