Isnin, Julai 07, 2008

Kerepek Ubi

bercakap pasal pilihan,ia adalah pilihan gua samaada untuk menjadi baik dan ikhlas kepada seseorang atau sebaliknya.hanya kerana gua baik dan ikhlas pada seseorang,tak bermakna gua baik dan ikhlas pada semua orang dan hanya kerana gua tak baik dan tak ikhlas pada seseorang,tak bermakna gua tak baik dan tak ikhlas pada semua orang.gua boleh pilih dengan siapa gua nak jadi baik dan ikhlas atau jadi teruk dan berpura-pura..gua baik dan ikhlas pada kawan gua,dan bukan semua orang adalah kawan gua..positifnya di sini,gua anggap berbasa-basi dan buat-buat ramah dengan orang yang gua tak berminat adalah meletihkan jadi gua agak selamat dari dakwaan berpura-pura sebab gua memang tak kuasa nak berpura-pura.dalam kehidupan gua,bersosial bukanlah satu perkara yang penting jadi gua tak ambik peduli sangat tentang apa yang orang di sekeliling nak pikir.gua hanya peduli pandangan orang-orang yang gua peduli tentang pandangan diorang.kalau orang pertikai cara gua,gua tak kisah sebab gua sentiasa dipertikai sejak dulu.bukan memperlekehkan kepentingan berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat,cuma,gua tak berminat.sejujurnya,gua tak peduli dengan apa yang berlaku di luar sana.gua lebih selesa sendiri dalam bilik gua nih dengan diri sendiri.bukan hanya tak suka tempat yang ramai orang,memang gua tak suka berjumpa dengan orang pon melainkan orang yang memang gua nak jumpa.tapi,gua sedar gua masih sebahagian daripada intipati dunia nih jadi samaada gua suka atau tak gua masih kena keluar menjalani kehidupan sebagai manusia 'biasa dan normal'..jadi jujur pada diri pon ada batasnya jugak.kalau gua betol-betol jadi jujur sepenuhnya pada diri gua,mungkin satu hari nanti gua akan mencapai taraf pendita yang hanya habiskan hidup dengan bertapa dalam bilik.

hari nih gua banyak merapu..dan ini pon sebenarnya gua merapu lagi..

2 ulasan:

fusarium solani berkata...

jangan takut untuk bersifat jujur..
itu pegangan hidupku

broken_nigina berkata...

nak tak nak jujur itu pun harus terbatas.
jujur berpada-pada.
:)