Selasa, Julai 22, 2008

Isi Hati

i'm a bit frustrated..gua tak harap semua orang setuju dengan pilihan dan keputusan gua tapi gua rasa agak sedih bila sesuatu yang penting bagi gua tak difahami oleh orang yang gua harap untuk faham..gua tahu takde guna dan takde makna menjadi defensive menegakkan pilihan sendiri bila orang tak nampak rasional tindak-tanduk kita jadi gua akur saja.mata yang melihat dengan bahu yang memikul takkan menanggung beban yang sama.betapa gua dah sangat-sangat lama tunggu untuk jadi someone yang bekerjaya daripada seorang loser,tapi camane gua nak belakangkan keluarga gua bila diorang perlukan gua?masalah ahli keluarga gua bukan masalah diorang sendiri-sendiri,tapi masalah gua jugak.beban diorang adalah beban gua.susah diorang,susah gua.sakit diorang,sakit gua.anak kakak gua,adalah anak gua.sama macam seorang ibu sanggup berkorban untuk anak sendiri,macam tuh perasaan gua pada anak buah gua.takde rasa macam cuma 'anak kakak' gua.sama pentingnya seolah-olah anak gua sendiri.jangankan kerjaya,duit,kalau pilihan antara nyawa sekalipon gua rela ketepikan nyawa.itu hati gua,itu jiwa gua..

memang gua rasa sedih.pengorbanan bukan sesuatu yang murah.gua bukan mintak simpati,cuma gua harap orang mengerti.mak ayah,keluarga,saudara-mara gua adalah adik-beradik.gua bukan nak memperbesarkan masalah kecik dan gua tahu ramai lagi orang lain yang tersepit dalam situasi lebih rumit tapi kalau takde sape yang nak tolong-tolong,camane kakak gua lepas beranak nak uruskan keadaan kat sana?mak sedara gua tak dapat bantu,dia sendiri tak sihat.mak mertua kakak gua pon tak dapat bantu,dia jaga cucu lain.sedara mara?takde kat johor tu.dan kalau ada pon,sape yang mulia sangat nak susah-paayah pergi tolong?bidan,cuma datang pagi-pagi mengurut.suami pulak kerja.mungkin memang betol,itu masalah dia sendiri nak cari sape untuk tolong jaga dia lepas beranak,tapi,dia nak harap sape?bukan gua nak bela dia nak menangkan dia,tapi,dia kakak gua.cakap memang murah,memang mudah..buat macam tu buat macam ni,tapi duduk dalam situasi tu sendiri,baru tahu camane.gua kecewa.kecewa sebab orang tak boleh faham kesusahan kita.kalau ada orang gaji,atau ada peruntukan untuk upah orang jaga sekalipon,bukan mudah nak cari orang luar untuk bantu jaga anak kita yang baru lahir.kalau orang tak nampak dan tak rasa itu,nak cakap camane lagi?dunia memang harsh,realiti memang kejam.bukan semua orang boleh feel beban kita.

memang gua tahu gua tak perlu tertekan atas sebab kecik camni,tapi,gua tertekan..diri gua,kehidupan gua,dunia gua,pertimbangan rasional dan logik gua..gua sedar tak semua orang mampu faham.tak kira camane pon,kehidupan kita memang tak sama.ini bukan yang gua mahu,tapi gua terpaksa..gua tak punya banyak dalam hidup nih.dunia gua kecik,cuma merangkum orang-orang tertentu yang dekat dengan diri gua.gua takde pape,beb..sandaran gua dalam dunia nih cuma keluarga gua.sakit-susah,itu je tempat tuju.gua bukan bercakap soal perasaan,tapi keperluan keseluruhan.kalau jadi pape pada gua,gua susah,gua sakit,gua cacat,gua terlantar buruk dan busuk,sape yang akan peduli pada gua kalau bukan keluarga?tentang mitos pasal persahabatan,kasih-sayang,silaturahim,cinta puja-puji,tuh semua tak payah kelentong kat gua la.heh..baru terluka sikit kehendak tak dipenuhi dah angkat kaki,toksah nak mengarut la cite pasal susah-senang bersama pahit-getir duka-lara.itu semua sampah.kalau cerita kat gua masa gua sekolah tadika,mungkin gua percaya.susah-senang bersama kasih sayang rindu syahdu sahabat teman..seikhlasnya,itu cuma kepala hotak diorang.kita perlu bergantung pada diri sendiri,dan sesudahnya adalah keluarga,kemudian baru yang lain-lain..

kehidupan gua hari ni tak sama cam dulu.walaumacammana sekalipon,kehidupan memang akan berubah lepas kehilangan mak ayah.memang lain bila dah jadi yatim-piatu.lu mungkin tahu rasa seolah-olah takde tempat,takde rumah,tapi perasaan tersirat dengan fakta nyata tetap takkan sama.perit mana pon tekanan emosi dan jiwa,takkan seperit bila berdepan dengan masalah nyata yang perlu ditanggung secara fizikal.gua insaf untuk mengaku kebenaran memiliki tetap lebih baik dari tak memiliki.apa yang kita miliki mungkin buruk,tapi masa akan sentiasa berputar dan yang buruk mungkin akan menjadi lebih baik,takde orang tahu kecuali tuhan.tapi bila memang takde,itu je la.baik,buruk,noktah.gua tak tahu..atas dasar apa dan alasan apa kita hidup?hanya rasa iman yang masih ada yang buat gua tahu hidup ini bertujuan..selain dari tuh,gua tak tahu untuk apa gua bernafas,gua bernyawa,gua hidup.entah..untuk apa?untuk sape?apa yang ada untuk setiap hari gua buka mata dan bangkit dari tido?tapi kita perlu buat hidup ini ada makna dan kita perlu bagi makna untuk hidup kita.apa makna hidup gua?gua tak tahu..ada ruang kosong yang terlalu luas..gua tak punya apa-apa,tak punya sape-sape,jadi gua letak keluarga dalam ruang kosong tuh..gua perlu punya makna untuk hidup dan sekarang itulah makna hidup gua..pengkhianatan,kekecewaan,kesakitan yang gua terima daripada manusia-manusia lain tuh cukup untuk gua tahu orang luar tetap bukan sesiapa.

apa yang patut gua buat?mungkin tindakan gua sangat-sangat bodoh terutama bagi orang yang pentingkan kerjaya dan masa depan..gua tahu,tak mudah untuk orang faham dan memang tak logik.kita perlu utamakan diri sendiri dan kebajikan sendiri sebelom sape-sape pon tapi mungkin gua memang bodoh dan terlalu lembut hati,terlalu bersimpati..gua cuba dapatkan cuti,walau cuti tanpa gaji sekalipon untuk tolong kakak gua dan kalau tak dapat cuti,gua berhenti..bagi yang faham pilihan dan keputusan gua,gua hargai sangat-sangat..terimakasih sebab support..tak mudah bagi gua,tapi setidak-tidaknya rasa lebih ringan bila ada yang faham dan sokong..bagi yang tak faham,kita mungkin sedang bercakap tentang pekara yang tak sama nilainya dalam pandangan masing-masing..hanya satu tempat gua pasrah dan berserah dan gua harap ada hikmahnya..buat baik berpada-pada,right?gua bukan cuba nak jadi mulia,tapi gua pilih apa yang gua rasa lebih utama pada gua..

hmm..kakak gua akan bersalin dalam masa terdekat nih,maybe esok atau lusa secara bedah..sesaper yang baca nih gua harap tolong doakan sama semuanya selamat..TQ..

//entri nih bukan untuk menyelar sesaper sebab gua cuma nak lepaskan rasa hati semata-mata..

2 ulasan:

fusarium solani berkata...

Semoga dipermudahkanNya. Amin.

p/s: kau rajin menulis, aku suka baca namun font italic dan latar belakang blog ini aku rasa perit biji mata.

aku ini rabun orangnya.

broken_nigina berkata...

tq..
heh..en.fusarium bukan orang pertama yang tegur itu..
tengok la gua try ejas nanti.