Isnin, Julai 14, 2008

Harapan

usaha kita terbatas..kudrat kita terikat pada takdir dan janji Tuhan..putus asa bukan pilihan yang terbaik tapi kita patut tahu bila kita perlu berhenti.kita patut tahu bila untuk berputus asa dan terima kenyataan.kadang-kadang kerana terlalu mengejar sesuatu,kita jadi buta dan tuli pada realiti tapi kita kena sedar bila kita dah habis had..berputus asa dan berhenti.bukan semua yang kita mahu adalah yang terbaik yang tercipta untuk kita.tukar perspektif,luaskan minda dengan segala peluang yang ada dan ambik haluan baru..betapa mengakui kegagalan dan menerima hakikat berakhirnya suatu harapan juga memerlukan kekuatan..tapi itu la..bercakap memang mudah..kita suka menipu diri sendiri dengan harapan palsu untuk rasa lebih baik sebab selagi ada harapan,selagi itu ada peluang,walaupon jauh dalam hati kita sedar ia memang takkan tercapai..

2 ulasan:

fusarium solani berkata...

kita harus bersangka baik dengan Allah SWT... kadang-kadang menukar perspektif boleh membantu...

namun semuanya kuasa Allah swt jua.

broken_nigina berkata...

berhenti cangkul angin.
:)