Jumaat, Julai 11, 2008

Hidup Terus

dalam hidup nih,gua rasa seperti gua sedang mencari sesuatu..dulu-dulu..tapi makin lama,gua sedar gua sebenarnya tak mencari apa-apa..mungkin apa yang gua cari gua dah jumpa dulu dan sekarang ini gua cuma meneruskan perjalanan cerita yang dah lama anti klimaks..it goes on and on..dan penamatnya adalah kematian..

gua rindukan sesuatu..sesuatu yang gua tak tahu..mungkin diri gua sendiri..jiwa gua,naluri gua..somehow,ada benda yang rasa sangat tak tepat..ada yang tak kena..tapi,ia tak penting,i guess..perasaan janggal itu adalah sebahagian dari diri gua.awkward..i just dont belong anywhere and it's not something yang gua harap untuk ubah.mungkin kerana 'selesa' itu sangat subjektif dan gua somehow berasa selesa dalam keadaan tertentu yang mungkin tak dapat dibayangkan oleh orang lain..kalau ada orang yang boleh relate dengan rasa ini,kita berkongsi jiwa yang sama.

hidup,hidup,hidup..sesuatu yang idealistik itu bukan mustahil tapi ia dipanggil idealistik kerana ia sesuatu yang seharusnya tak berlaku dalam realiti.hidup memang sangat mudah kalau kita dapat atur semuanya untuk jadi mudah tapi it doesnt work like that.suatu hari,kita mungkin bertemu sesuatu yang selama ini kita rasa tak mungkin wujud tapi kerana ia adalah perkara yang kita tak fikir boleh berlaku maka kita tak pernah bersedia untuk itu.sesuatu yang sangat sempurna,tapi tak bermakna apa-apa bila ia terjadi.jadi,itu hidup.

kadang-kadang,fantasi menjelma ke dalam realiti..tapi,fantasi tetap fantasi.kalau gua cakap pada diorang yang gua tak percaya pada impian,pasti ramai yang akan cuba membantah dan meyakinkan gua tetang betapa pentingnya impian.itu sebab gua lebih suka tak memberitahu.gua sebahagian daripada dunia jadi gua ikut rentak dunia..lawan arus dan laungkan pada dunia,untuk apa?tak penting..kita lebih kenal diri sendiri..seperti selamanya,gua masih tetap di sini,sendiri,dalam dunia di luar dunia..gua bukan pesimis atau negatif,cuma gua percaya pada takdir.kalau ia ditakdirkan,takde apa yang mampu ubah..tak penting how bad u want something..ia soal takdir..

apa yang kita percaya,apa yang kita tak percaya..hanya dengan 'percaya' kita boleh mewujudkan sesuatu yang takde dan menghapuskan sesuatu yang sebenarnya ada..bukan macam tu?susah untuk kita terima sesuatu yang tak logik di fikiran kita walaupun sesungguhnya kebenaran itu adakalanya tak mengira logik..dan adakalanya kerana kita terlalu menjangkakan sesuatu juga,kita sanggup percaya apa yang tak benar,hanya untuk memenuhi kehendak sendiri.bila tertipu,banyak kali sebenarnya adalah angkara kita menipu diri sendiri..

kebenaran,khayalan,kepalsuan..ada satu point semuanya akan jadi sama..bila di point itu,sebenarnya it doesnt matter..hidup selagi hidup..hidup mesti terus..dan ini sebenarnya,hanya kelangsungan hidup..gua hanya meneruskan hidup dan cuma itu yang penting..

hmm..

1 ulasan:

fusarium solani berkata...

Dijadikan kita untuk beribadat padaNya!