Rabu, Julai 09, 2008

Belajar Jangan Tak Belajar!

nanti petang gua nak ke agensi dadah kebangsaan pulak kat jalan dato' onn untuk interview pengarah dia..harap-harap yang nih akan berjalan lancar lebih baik dari pagi tadi.editor dah insaf,petang nih dia datang sekali.entah la..company kecik..terbit dua surat khabar dengan pekerja bahagian editorial cuma empat orang.dua orang termasuk gua adalah wartawan junior dan lagi dua adalah wartawan senior yang merangkap editor atau dalam kata lain,ketua kepada gua la..kamera ofis lak cuma ada satu tapi itu pon dah hilang.sedih betol..sekarang cuma harapkan kamera peribadi sorang kameraman dan juga sorang ketua wartawan nih jer..kelengkapan yang serba kurang..haih..janji kerja..asal dapat gaji..tak gitu?ya laaa..tapi sebenarnya,gua intai-intai jugak peluang kerja lain yang lebih menjamin sambil-sambil..timba pengalaman dulu kat sini pastuh nanti kalau dapat offer lagi best,angkat kaki la..nak hidup beb..manfaatkan semua peluang dan kesempatan yang ada dan bila dapat yang lebih baik,blah la nak tunggu apa lagi.

Tiada ulasan: