Jumaat, Julai 04, 2008

Bebel

kalau sebut baru,baru tuh bagi gua merujuk kepada permulaan yang baru.maksudnya,kalau nak buat pembaharuan kena buat dengan betol-betol baru iaitu pada permulaan.in short,esok je la mula kisah baru.hari nih memang serabai dan serabai sampai habis la jawabnya.otak berterabur..badan dok kat sini tapi minda,jiwa entah tang mana..dah takleh diselamatkan dah hari nih..esok punya cerita pulak.

gua rasa nak tonyoh-tonyoh je masa bagi cepat sikit bergerak.bas gua ke segamat pukul 7.30 nanti.tak penat ke terkejar-kejar?pergi sana hari ahad datang balik,ulang-alik.ikutnya memang la.pergi sekejap-sekejap rushing sana-sini sini-sana.tapi,biar la.kehidupan rushing melompat sekejap sana sekejap sini tuh memang mainan gua.lagi pon memang minggu nih gua takleh tak pergi.minggu depan mungkin la gua rilek sini je weekend tapi minggu nih mesti kena pergi jugak.ada hal mustahak.dah set mind nak pergi gua kena pergi jugak.gua kalo dah cakap nak,takde apa yang boleh halang kehendak gua(kecuali dengan kuasa tuhan)..cepatlah cepatlah masa..kemut la lu gerak.

hmm..gua merayau ke blog pengkomen-pengkomen dalam blog yang gua biasa baca japni..terbaca tentang cerita 'ayah sakit'..hal-hal camnih memang gua akan mudah terasa,sebab gua sendiri pernah alami dan takde happy ending pon untuk cerita gua.gua cukup-cukup faham berada dalam situasi tuh.memang terseksa dan seksanya terpaksa disimpan diam-diam untuk nampak bersemangat di luar.teringat tiapkali gua rasa menggigil kat dalam macam nak rebah bila melangkah ke hospital tapi bertahan buat poyo selamba.rasa macam nak lari tak sanggup nak tengok tapi kuatkan hati.macam nak mati je tengok penderitaan hebat parents tanpa boleh tolong apa-apa.huh..itu sebab kenapa gua akan jadi agak sensitif dan personal dengan orang yang sengaja mencari penyakit terutamanya perokok.ia bukan soal remeh dan gurauan bagi gua.bukan soal remeh dan gurauan bila seluruh famili terpaksa sengsara.bukan soal remeh dan gurauan bila status isteri jadi balu dan anak-anak jadi anak yatim.tak adil mempertaruhkan masa depan dan perasaan mereka yang tak bersalah semata-mata untuk nikmat diri sendiri yang tak ke mana.

dah la..lebih-lebih pulak gua layan perasaan peribadi..balik pada landasan..tak sabar nak blah nak naik bas pergi segamat.dah bawak beg siap-siap dah tu ha datang ke ofis.habis nanti terus pergi kat bas terus tak balik rumah lagi dah..

Tiada ulasan: