Khamis, Julai 24, 2008

Akhir Zaman

kadang-kadang gua tertanya sendiri,salah ke kalau kita jadi baik hati?kehidupan nih adakalanya buat gua rasa seolah-olah takde tempat untuk mereka yang nak jadi baik..ya,profesionalisma,keutamaan,tanggungjawab..tapi camane pulak dengan kemanusian,keprihatinan,keihsanan?dunia nih merepek..rugi sangat ke hilang duit sikit tapi dapat kepuasan dan hati rasa lapang berbudi pada orang?well..realistik,kan?kita kena berpijak di bumi yang nyata.suka tak suka,itu kenyataan tapi bagi gua lu memang bangang.memenuhi tuntutan kehidupan,right?tuntunan kehidupan lu punya sial!yang menuntutnya sape,yang dituntutnya sape?manusia sesama manusia jugak..lebih sanggup berebut berlumba-lumba bersesak nak dapatkan tempat daripada bersabar beratur tunggu giliran sedangkan lagi susah dan makan masa bila semua sibuk nak sumbat.yea,yea,yea..semua takut rugi,semua takut gagal..tak kisah dalam pada nak untung sebenarnya lagi banyak yang rugi..tak hirau,tak peduli..lu lu,gua gua..macam kalau malaysia nih kena tsunami akan kena kat gua sorang jer lu tak...macam lu selama-lamanya akan ada kat atas takleh jatuh-jatuh.macam kompem sampai mati lu takkan perlu pertolongan dari gua balik.macam tuhan dah janji susah yang berlaku kat orang lain gerenti takkan berlaku kat lu.

merepek la dunia nih.maybe gua datang dari planet lain gua tak paham dengan sistem kehidupan kat dunia nih.sembang besar pasal kuasa di tangan sendiri,pilihan di tangan sendiri,tapi dari kecik sampai mati hidup ikut telunjuk orang.bukan orang secara individu,tapi orang secara kesuluruhan.telunjuk manusia,telunjuk dunia.kalau lu baik,hati lembut,lu kena ubah jadi keras dan kejam sikit,baru boleh berjaya.kalau lu suka tolong orang,berbudi bahasa dengan orang,lu kena lebih berkira dan pikir pasal diri sendiri dulu baru boleh selamat.gua tak tahu apa yang diorang maksudkan bila cakap pasal berdikari.berdikari ke bila terpaksa akur dengan tuntutan sekeliling demi nak dapatkan tempat?gua tak tahu tang mana yang berdikari sangat dengan hidup yang terikat kehendak semasa.semua tuntutan-tuntutan tuh datang dari sape?harga minyak la harga barang la,sampai ekonomi dunia meruncing..gua hairan..kita berurusan dengan sape sebenarnya?ada makhluk asing dari marikh ke?beli minyak dari penduduk pluto?buat jalan,pastu cakap kawasan kemalangan..dah yang lu pergi buat kawasan kemalangan tuh apasal?tak masuk akal.sendiri semasa sendiri yang buat,pastuh bising-bising macam ada campur-tangan penduduk marikh dan pluto.kuasa di tangan kita..'kita' tuh sape?bukan ke 'kita' tuh lu dan gua?seluas dan sebesar mana pon masyarakat,dasarnya tetap individu..lu dan gua.tapi 'kita' macam bukan lu dan gua..entahapehape....

situ sini sibuk..sibuk cerita pasal kejayaan,pasal pembangunan.yang melayu sibuk dok kata melayu malas,melayu tak maju,melayu kolot.macam yang tukang kata tuh bukan melayu.tapi lantak la itu.gua cuma tertanya-tanya,lu lu yang konon-konon 'berjaya' sangat tuh,hati tenang ke,jiwa bahagia ke?baca blog-blog orang melayu yang konon 'berfikiran terbuka dan maju',gua wonder,bagus sangat ke diorang?mereka-mereka yang kaki ampu kaki penyokong keterbukaan dan kemajuan minda yang dok angkat diorang tuh,apa yang diangkat sebenarnya?gua pelik..bukan ke kita sama satu bangsa,satu agama?ke lain-lain sebenarnya?gua tak kecam,tak pandang serong,cuma gua tertanya-tanya..apa yang cuba diorang bawak dan sampaikan?gua tak faham..memang takleh berjaya dan takleh maju ke kalau jadi diri sendiri yang ada bangsa dan agama?memang takleh berjaya ke kalau jadi baik,pentingkan hal perasaan dan kemanusiaan lebih dari hal kebendaan?

ah,lantak lu orang la..gua adalah gua dan selamanya tetap gua.gua buat pilihan sendiri,dan gua yang nilai diri gua sendiri.berjaya atau tak berjaya diri gua gua ukur ikut pertimbangan gua,bukan orang lain.gua tak peduli kandang lembu ke kandang kambing kandang kuda,gua manusia dan gua akan berkelakuan sebagai diri gua manusia.salah kalau gua dulukan kepuasan dan kehendak hati gua berbanding perkara lain?sudahlah weh,gua hidup untuk diri gua,bukan untuk lu.kesudahannya tetap antara gua dan diri gua sendiri jugak.bodoh pon bodoh la,asal gua puas.bukan lu yang tentukan kebahagiaan gua,ketenangan gua.gua nak jadi diri gua.biar la..gua tetap nak jadi bangsa melayu,orang islam,perempuan kampung..biar la satu hari nanti semua perempuan pakat bogel sebab dah jadi trend semasa,gua masih nak pakai baju kurung pakai tudung.biar la nanti syarat nak dapat kerja kena salam ngan laki,gua masih tak nak amalkan budaya bersalam dengan laki.diri gua,pilihan gua..sama je dengan melayu yang pilih untuk minum arak..keselesaan masing-masing.yang bezanya cuma minum arak berdosa,tak salam dengan laki tak berdosa.gua cuma keliru kenapa bila seseorang buat sesuatu yang salah atas tiket kebebasan individu,orang melayu yang masih islam boleh terima dan hormat perbuatan tu tapi bila seseorang buat benda yang baik dan agak alim,terus kena kecam macam nak tunjuk bagus tunjuk baik.memang susah nak faham camane sebenarnya mentaliti diorang.entah la..kalau difikir-fikir,bukan ke pathetic hidup dengan meniru orang lain?dari pakaian,penampilan,pemikiran,gerak-geri,perbuatan..semua ciplak yang orang lain..diri kita yang asal tak bagus sangat ke?memang susah nak faham mentaliti orang yang menganggap hilang identiti dan jati diri untuk hidup dengan budaya orang lain sebagai berdikari dan matang.matang sangat ke lembu yang cuba terbang?haih....

benda mudah,tapi dibelit-belitkan..camane panjang cerita pon,endingnya tetap ada satu jer..tuh,dalam lubang kubur.kesudahannya tetap mati.bawak-bawak la bertaubat,beb..sudah-sudah la tuh..sepatutnya kalau bijak,kita tahu lembu tuh camane,kucing tuh camane.kita tak susah-susah nak jadikan lembu macam kucing,kucing macam lembu..setiap sesuatu dicipta ikut acuan sendiri untuk berkembang dengan sifat-sifat tertentu..yang mencipta tuh tuhan,yang lebih mengetahui,lebih tinggi hikmah.cari kekuatan sendiri,dan gunakan kekuatan tuh untuk berjaya.berjaya tuh banyak cabang bercambah-cambah.sape kata dalam dunia nih cuma ada satu bentuk kejayaan semata-mata?berduit,kaya-raya,berpangkat.takde maknanya.buat apa kalau dapat kekayaan material tapi hilang kebaikan hati,hilang identiti bangsa,budaya,adat-resam,agama?tak pikir ke kita tengah menuju ke arah itu?sudah-sudah la..benda mudah,beb.kejayaan tuh luas,bergantung pada pandangan individu.tak diukur pon dari luaran,dari fizikal.tak payah nak jadi bodoh.kawan yang baik,famili yang baik,bukan yang hormat lu buat benda salah,tapi yang sanggup tegur lu walaupon lu tak hormat dia.

hish..ngeri..dunia nih mengerikan..dunia akhir zaman..ngeri legi mengelirukan..senang gua ikut cara gua sendiri..hidup under my own ground..semoga bumi malaysia nih terpelihara..gua sendiri pon banyak dosa,banyak salah-silap bertimbun-timbun,tapi gua takut membayangkan jatuh merudumnya kedudukan perkara yang satu itu..hish..jangan..


2 ulasan:

deaf-angel berkata...

aku tak terror ni semua..
tapi maybe apa aku praktis ialah
- stay away from corrupted people.
- stay away from orang yang hanya kejarkan dan berbual pasal harta dan pangkat dunia.
- campur orang yang positive minded
- campur orang yang berperangai baik

anyway live your life the way you want it to be..

broken_nigina berkata...

amiin..
semoga diberkati..