Isnin, Jun 30, 2008

Cintaku Tetap Untukmu!

bila gua mengharap,gua mengharap sungguh-sungguh..sepenuh hati,sepenuh jiwa-raga..harapan yang mendalam yang gua pegang sehabis-habis daya dan upaya..itu yang selalu buat gua kecewa teruk bila apa yang gua harapkan tak kesampaian..gua pertaruhkan segenap perasaan dalam pengharapan gua..macam budak kecik yang naif buta dan tuli pada segala-galanya hingga takde pape yang boleh bunuh keinginan hati..cuma bola sepak,tapi kesungguhan gua dalam apa yang 'cuma bola sepak' mampu buat gua sampai bergenang air mata kecewa so juz imagine macammana gua rasa bila cinta yang gua impikan bersungguh-sungguh selama berbelas tahun berkecai macam tuh aje..heh..gua sentiasa akan jadi budak kecik yang naif yang terlalu nakkan sangat sesuatu bila dah berharap dan gua akan kecewa dengan kecewa yang dahsyat bila gua kecewa..gua patut belajar dari pengalaman tapi masih tak reti-reti nak belajar..sentiasa pertaruhkan habis segala-galanya bila dah mahukan sesuatu lepas tu kecewa macam haram bila tak dapat..tapi,setakat kecewa yang belum menamatkan riwayat gua tuh apa la sangat.sekejap je dah pulih dan kembali bersemangat untuk teruskan harapan..bukan musim nih,musim akan datang..kesetiaan dan keteguhan gua terhadap sesuatu yang gua pegang seolah-olah infiniti..sila la cuba patahkan..patahkan satu,ada lagi satu dan lagi satu..mungkin orang yang nak patahkan kesetiaan dan keteguhan gua tuh akan kehabisan tenaga dulu sebelom berjaya menggugat kesetiaan dan keteguhan gua..

yup..gua kuat..rasa setia dan teguh gua memang sangat kuat..malah terlalu kuat mungkin..sebab tuh gua perlukan kekuatan yang lebih kuat dari gua hingga mampu mengatasi kesetiaan dan keteguhan gua..dalam peperangan yang kemenangannya ditentukan oleh keteguhan hati,semoga jangan lemah..gua mahu lihat,wujud ke kesungguhan dan kemahuan yang lebih kental daripada gua hingga dapat memesongkan pegangan hati gua..ini bukan lagi percakapan tentang bola sepak tapi balik semula pada bola sepak,cintaku tetap untukmu,german..bangkit dari kekalahan dan perbaiki lagi mutu permainan lain kali..

Tiada ulasan: